Datuk Seri Azmin Ali

KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menegaskan surat kelulusan beroperasi bukan sahaja dikeluarkan oleh kementerian itu sebaliknya turut dikeluarkan oleh kementerian dan badan lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM).

Menterinya, Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata,  MITI  bukan penentu tunggal dalam memutuskan samada sesuatu sektor peniagaan dianggap sebagai perkhidmatan penting atau sebaliknya.

Jelasnya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menggunakan kelulusan kebenaran bekerja yang diselaras oleh kementerian berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan turut menggunakan sistem dalaman Sistem SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik) bagi tujuan yang sama.

BNM pula bertanggungjawab di atas surat kebenaran beroperasi untuk institusi kewangan dan perbankan.

Tambah Mohamed Azmin lagi, sehingga jam 7.30 pagi tadi, sebanyak 586, 308 dengan 10.2 juta  pekerja telah berdaftar dengan CIMS.

Daripada jumlah itu, surat kebenaran beroperasi yang telah dicetak melalui CIMS hanya 128,150 yang melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia.

MITI juga ambil maklum tentang aduan beberapa pihak yang mendakwa bahawa CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

MITI katanya, terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan mengenai sistem CIMS 3.0 demi menjamin ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan sistem ini.

MITI melalui unit penguatkuasaan bersama dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. semburit ni tak habis habis buat hal. kata total lockdown. ni tengok banyak juga tempat yang buka

  2. 14 hari pun ko tak boleh berkorban musibat? Rakyat dah berkorban teruk… frontliners dah terduduk…ko masih nak perjuangkan kilang, pusat covid…

Comments are closed.