worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 86 kes kematian berkaitan virus Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 3,182 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 83 kes melibatkan warganegara dan bakinya bukan warganegara.

Jelas beliau, ia melibatkan 20 kes di Selangor, 14 kes di Johor, 13 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lima kes di Sarawak serta empat kes di Kedah.

Menurutnya, negeri lain membabitkan masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang, masing-masing dua kes di
Kelantan dan Terengganu dan satu kes di Perlis.

“Jumlah kes sembuh pula adalah 6,624 kes dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 515,571 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 883 kes manakala kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 459 kes,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 23 kluster dikenal pasti dan 691 kluster masih aktif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast