LONDON – Jumlah kes harian Covid-19 kembali meningkat di United Kingdom (UK) berikutan varian virus India yang mula menular dan menjadi dominan.
Semalam, negara itu mencatatkan sebanyak 6,238 kes baharu.
Agensi melaporkan, seramai 29,028 orang disahkan positif virus itu dengan kadar peningkatan 39.8 peratus antara tempoh 29 Mei lalu hingga semalam.
Bagaimanapun, jumlah kematian direkodkan tetap rendah iaitu hanya 11 orang dalam tempoh 28 hari.
Jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya, ia melibatkan penurunan sebanyak 5.2 peratus.
Setakat 3 Jun lalu, lebih daripada 39.9 juta orang menerima dos pertama vaksin manakala hampir 26.8 juta orang menerima dos kedua.
Sebanyak 59.8 peratus populasi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dengan 40.1 peratus daripadanya sudah menerima kedua-dua dos.
Purata kebolehjangkitan (R) di UK meningkat dan ketika ini berada pada tahap 1.0 hingga 1.2. – MalaysiaGazette