Sepanjang pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula pada 1 Jun 2021, anda digalakkan untuk menggunakan aplikasi myTNB atau portal myTNB di www.mytnb.com.my bagi urusan akaun dan bil agar dapat mengurangkan keperluan interaksi secara bersemuka.
Walau bagaimanapun, sebagai pembekal perkhidmatan penting, TNB meneruskan operasi pembacaan meter dan Kedai Tenaga sepanjang tempoh ini.
- Bacaan meter seperti biasa
- Perubahan waktu operasi Kedai Tenaga dan talian TNB CareLine
Pengumuman kerajaan berkaitan penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh (total
lockdown) fasa pertama selama dua minggu bermula 1 – 14 Jun adalah dirujuk.
Sebagai perkhidmatan penting (essential services) yang dibenarkan beroperasi sepanjang
sekatan ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneruskan operasi pembacaan meter dan Kedai Tenaga (KT) bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada kepada kira-kira 9.5 juta pelanggannya.
Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan operasi TNB sepanjang tempoh dua minggu
tersebut:
1. Pembacaan meter dan penyerahan bil fizikal berjalan seperti biasa bagi memastikan
pengguna menerima bil sebenar dan bukan bil anggaran. Pembaca meter kami, seperti
lazimnya akan mematuhi SOP sedia ada yang ditetapkan pihak berkuasa bagi
mengekang penularan wabak COVID-19.
2. Operasi Kedai Tenaga (KT) dipendekkan tiga jam daripada 9:00 pagi hingga 4:00
petang kepada bermula 9 pagi sehingga 1 petang sahaja.
3. Waktu operasi perkhidmatan kios layan diri di KT kami kekal dari jam 8.15 pagi hingga
8 malam. Kios kami akan disanitasi setiap 2 jam berbanding setiap 4 jam sebelum ini.
4. Berikutan tempoh KT operasi dengan tempoh yang lebih pendek, operasi
perkhidmatan khidmat pelanggan TNB CareLine dilanjutkan dua jam setiap hari
kepada dari jam 8 pagi hingga 7 petang berbanding sehingga 5 petang sebelum ini.
Pelanjutan tempoh ini adalah untuk talian TNB Careline 1-300-88-5454 dan e-mel
[email protected] yang dikhususkan untuk pertanyaan berkaitan akaun dan bil.
5. Untuk gangguan bekalan elektrik pula, para pengguna diminta menghubungi TNB
CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine yang kekal beroperasi 24 jam.
Walaupun KT masih dibuka sepanjang fasa pertama Sekatan Pergerakan Penuh ini, pengguna amat digalakkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian TNB bagi sebarang urusan transaksi termasuk semakan dan pembayaran bil. Transaksi ini boleh dibuat menerusi portal www.mytnb.com.my dan aplikasi myTNB agar dapat mengurangkan keperluan untuktransaksi secara bersemuka.
TNB memohon maaf sekiranya penguatkuasaan waktu operasi baharu KT menyebabkan
sebarang kesulitan. Inisiatif ini perlu dilaksanakan bagi membantu usaha pihak Kerajaan
memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, selain mengutamakan dan mengekalkan kesihatan serta keselamatan warga kerjanya dan masyarakat. – Malaysiagazette