foto Twitter Public Health Malaysia

KUALA LUMPUR – Seluruh rakyat Malaysia diminta bersama-sama berdoa agar seorang doktor yang sedang dikomakan akibat dijangkiti Covid-19 kembali sembuh dan sihat.

Doktor wanita itu, Fatihah Shahrudin sedang mengandung 29 minggu.

Dalam satu hantaran di Public Health Malaysia, seorang saudaranya bernama Maisarah Shaharudin meminta orang ramai sama-sama mendoakan Dr Fatihah dan kandungannya.

Manakala menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh Fiza Asiqin di Twitter, pemilik akaun itu berkata, Dr Fatihah kini berada dalam kategori 5 dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Dr Fatihah yang menerima rawatan di Hospital Kajang telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh semalam.

Katanya, bayi tersebut mungkin terpaksa dikeluarkan jika keadaan Dr Fatihah semakin buruk.

“Mohon doakan Dr Fatihah bt Shaharudin. Semoga dia dan anaknya selamat.

“Tolong doakan mereka, juga doakan dua anaknya yang masih kecil dan suami beliau yang juga positif di rumahh,” katanya. – MalaysiaGazette