Reaksi adik Muhammad Nazmi Hassan Abdul Rahim,4 semasa membuat saringan Covid-19 pada Program Saringan Komuniti Bersasar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 05 JUN 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jika semalam, sebanyak 6,241 kes positif Covid-19 direkodkan, jumlah itu menurun hampir 1,000 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 5,271 kes positif direkodkan dan jumlah itu didapati terendah dalam tempoh tiga minggu lalu.

Pecahan setiap negeri adalah Selangor (1,374); Sabah (336); Kuala Lumpur (455); Johor (355); Sarawak (703); Pulau Pinang (153) dan Negeri Sembilan (571).

Manakala Kelantan (341); Perak (177,); Kedah (194); Melaka (178); Pahang (99); Terengganu (117); Labuan (209); Putrajaya (8) dan Perlis (1).

Jumlah itu menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di negara ini pada paras 622,086 kes, ciapnya dalam Twitter hari ini.

Kes aktif kini mencecah 84,269 kes.

Daripada kes itu, seramai 902 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 447 memerlukan bantuan pernasafan.

Jumlah kematian turun sedikit hari ini dengan 82 berbanding semalam 87 kes.

Berbanding semalam, jumlah pesakit yang sembuh kini mengatasi kes baru dengan seramai 7,548 pesakit pulih daripada jangkitan berkenaan.

Semalam, 2,178 kes positif baru direkodkan di Selangor dengan kes kematitan keseluruhan adalah 87. – MalaysiaGazette