safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang individu yang memuat naik kenyataan berunsur fitnah dan jelik menerusi media sosial berhubung tindakan anggotanya mengeluarkan kompaun kepada lapan individu yang berjoging di Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sedang menyemak butiran pemilik akaun Facebook yang memuat naik status itu.

Beliau berkata pihaknya memulakan siasatan kes itu selepas menerima laporan anggota berkenaan yang menganggap kenyataan terbabit sebagai fitnah tidak berasas dan mengundang persepsi negatif terhadap pasukan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata kompaun di trek joging itu dikeluarkan anggota polis berkenaan pada 5.45 petang selepas pemeriksaan mendapati kelapan-lapan individu terbabit berjoging di luar kawasan kejiranan tempat tinggal.

Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 243/2021 Peraturan-Peraturan Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), katanya.

“Dalam menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan aktiviti joging, pegawai penguat kuasa yang dilantik boleh memeriksa kad pengenalan untuk mengesahkan sama  ada seseorang itu tinggal di kawasan kejiranan tersebut atau tidak.

Jika alamat kediaman adalah di luar kawasan kejiranan atau perumahan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil,” katanya.

— BERNAMA

 

 

1 Komen

  1. Sepatutnya berterimakasih setelah dikenalpasti sebagai bakal penyumbang derma Covid pandemic.

Comments are closed.