Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid-19 antara perkara yang diketengahkan DAP kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Istana Negara, hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menilai sena keupayaan kerajaan hari ini.

“Tentu saya ada tiga pandangan daripada parti dna juga rakyat.

“Saya rasa Tuanku faham kita serah kepada kebijaksanaan Tuanku,” katanya pada sidang media di luar Pintu 2, Istana Negara, petang ini.

Terdahulu bekas Menteri Kewangan itu bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim tiba di Pintu 2, Istana Negara kira-kira jam 1.55 petang tadi.

Bagaimanapun hampir sejam mengadakan perjumpaan khas bersama YDPA, Guan Eng yang menaiki kenderaan jenis Vellfire berwarna putih beredar dari Istana Negara kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan juga berbesar hati apabila Tuanku menerima perkenan menghadap YDPA bagi mewakili DAP dan Parlimen Bagan hari ini.

“Tuanku amat prihatin terhadap krisis dan kesan Covid-19 kepada rakyat dan beliau dengar pandangan yang diutarakan oleh saya sebagai wakil parti dan juga wakil rakyat.

“Dalam masa sama saya harap supaya kita boleh segerakan vaksinisasi,” katanya.

Guan Eng turut menyampaikan permintaan agar sidang Parlimen dikembalikan segera.

“Parlimen sekarang tidak bersidang, tiada ruang untuk rakyat suarakan permasalahan mereka

“Tuanku juga berharap rakyat pembelaan khususnya dari segi bantuan ekonomi berkesan dan vaksinasi yang harus disegerakan kepada seluruh rakyat,” katanya.

Dalam perjumpaan kira-kira sejam itu, Guan Eng turut memberikan pandangan beliau dari segi ekonomi yang terkesan akibat Covid-19.

“Kebanyakan pandangan lebih kepada ekonomi dan Covid-19 serta perlunya vaksin termasuk di kawasan pembangkang.

“Kita juga berharap peruntukan dapat diturunkan, ini untuk semua rakyat yang miskin dan susah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast