Chef Wan (kiri) menasihati usahawan Aliff Syukri supaya memasuki kelas masakan terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR – Cef selebriti, Datuk Chef Wan menasihati usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri supaya memasuki kelas masakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan produk makanan.

Chef Wan berkata, usahawan itu juga perlu mencari individu yang tepat untuk membantunya dalam industri perniagaan makanan.

“Ya la nak berniaga makanan ini memang kena terima segala comments yang positive mau pun negative. Saya rasa Aliff pun dah masak dengan kulit muka dia nak setebal pintu jamban Cik Kiah itu!

“Tu la orang nak berniaga makananan pun kau nak juga jual makanan bukan tak boleh kena berhati-hati.

“Jika tak pandai masak kena la pi belajar masak betul-betul jika tidak as usahawan dan jutawan yang pakai jam berlian pergi la invest and engaged the right people to assist his food business,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu video reviu oleh Sharnaaz Ahmad berkenaan Sup Jolo yang dijual oleh Aliff Syukri yang turut memetik nama Cef Wan.

Menerusi video berkenaan, Sharnaaz mengkritik tentang makanan tersebut dengan harga RM16.50 dan mahu Alif Syukri memperbetulkan terlebih dahulu daripada segi resepi dan penyediaannya.

Pada masa sama, Chef Wan berkata, sekiranya perniagaan berkenaan tidak dijalankan dengan betul ia boleh mendatangkan kerugian.

“Jika tak buat cara betul dan syok sendiri boleh rugi perniagaan itu. Baik aja masukkan duit itu dindalam longkang as it become a waste. Dah tentu kita tak perlu carry all that stress and excess baggage in dunia perniagaan.

Contrary to that this could also be his gimmick to create awareness of this products. Kutuk punya kutuk (as some people also believed in business jenis macam ni) tiba-tiba ramai pulak orang nak mencubanya pulak! Kaya raya si Aliff tu lagi. Tambah lagi satu jam di tangan itu!” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette