KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO tidak perlu cepat melatah dan mencemuh cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Majlis Pemulihan Negara.
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, cadangan itu bukan untuk menukar kerajaan sebaliknya mahu menurunkan ‘suhu politik’ negara.
“Ramai yang salah sangka dengan menyatakan bahawa Dr Mahathir menyarankan penubuhan Majlis Pemulihan Negara demi agenda kepentingan politik peribadi beliau. Tuduhan ini amat meleset sama sekali!
“Setakat ini hanya cadangan Dr Mahathir sahaja ke arah mencari jalan penyelesaian secara konkrit bagi selamatkan kemelut kesihatan, ekonomi, politik dan sosial yang amat teruk melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Mahathir mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara bagi menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara akibat penularan pandemik Covid-19.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, penubuhan majlis itu bukan untuk menggantikan kerajaan sebaliknya membantu mengurangkan kes Covid-19 sehingga negara mencapai imuniti kelompok.
Dalam pada itu, Khairuddin tidak merasakan Mahathir seorang tokoh pemimpin yang beretorikal serta gila kuasa, sebaliknya cadangan itu tidak terarah untuk merampas kuasa atau menggantikan kerajaan sedia ada.
“Dalam ertikata lain, Majlis Pemulihan Negara tidak akan ganti kerajaan sedia-ada. Kaedah politik berebut kuasa bukan solusi yang terbaik.
“Yang penting buat masa ini adalah mewujudkan cooling off period bagi menurunkan ‘suhu politik’ landskap politik negara.
“Di manakah cacat celanya penubuhan Majlis Pemulihan Negara yakni Parlimen akan bersidang dan segala tindakan majlis ini juga akan dibentangkan kepada Parlimen,” katanya.
Menurut Khairuddin lagi, pelaksanaan Majlis Pemulihan Negara bukan untuk jangka panjang atau bersifat berkekalan kerana tempoh masa untuk majlis ini hanyalah sehingga negara mencapai imuniti kelompok atau sebelum PRU-15.
“Sudah sampai masanya semua pihak tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang duduk semeja atas semangat cintakan negara seterusnya bermusyawarah demi mencari satu titik persamaan ke arah membina semula ‘Malaysia Baharu.’
“Pemimpin-pemimpin PH sendiri amat mengenali sifat dan cara Dr Mahathir mentadbir negara. Beliau adalah seorang tokoh negarawan yang sentiasa bersikap terbuka serta berjiwa besar untuk mendengar pandangan dari semua pihak,” katanya.
Katanya lagi, semua pihak boleh memberi pendapat ke arah menambah baik Majlis Pemulihan Negara agar ianya dapat dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.- MalaysiaGazette
Dh bg 22 bln tp apa yg korg buat, lg jahanam negara korg kerjakan abis aset² yg BN dptkan korg pi jual murah² kt bangsa asing, abis duit² petronas korg tarah, hutang meningkat berbililion², org yg x bersalah korg cuba aniaya yg sokong korg x pulak korg kacau..skrg ada hati lg nk selamatkan negara, g mampos lah dgn idea bangang korg tu..