Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,333,800 dos vaksin Pfizer-BioNTech sedang dalam perjalanan ke negara ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, kesemua vaksin itu akan diagihkan dalam tiga fasa bermula Rabu ini dan akan berakhir pada 2 Julai depan.

“Sejumlah 444,600 dos yang akan diagihkan pada 16 hingga 18 Jun, kuantiti sama akan diagihkan pada 23 hingga 25 Jun, dan fasa ketiga dengan 444,600 dos yang akan diagihkan pada 30 Jun hingga 2 Julai,” katanya dalam sidang media mingguan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Dalam perkembangan berkaitan, sejumlah 5.955 juga dos vaksin daripada tiga jenama telah diedarkan ke seluruh negara dalam program PICK.

Daripada jumlah itu, 3.632 juta daripada adalah vaksin Pfizer.

“Sejumlah 1,674,142 dos adalah Sinovac, 3,632,850 dos adalah daripada Pfizer, dan 648,100 dos daripada vaksin AstraZeneca,” katanya. – MalaysiaGazette