Hamzah (tengah) melakukan tinjauan di kawasan penempatan warga asing termasuk etnik Rohingya di Jalan Terubuk, Seberang Jaya di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan akan meneliti gesaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) supaya kem pelarian, termasuk untuk etnik Rohingya, dibina di negara ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelbagai aspek perlu dikaji berhubung pembinaan kem tersebut sebelum polisi berkaitannya diumumkan.

Hamzah Zainudin.

“Memang pihak UNHCR cadangkan pembinaan kem pelarian bagi menangani isu pelarian Rohingya, tetapi kita tidak pasti bentuk kem pelarian bagaimana yang dimaksudkan mereka.

“Kita kena lihat kepada realiti seperti lokasi serta pembinaannya sebelum kita umumkan sesuatu polisi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan penempatan warga asing rumah pangsa di Jalan Terubuk dan Taman Sutera, Seberang Jaya di sini hari ini.

Hazmah (kiri) berbual dengan etnik Rohingya ketika melakukan tinjauan di rumah pangsa di Jalan Terubuk, Seberang Jaya di sini hari ini.

Dalam tinjauan itu, seramai 163 warga asing diperiksa oleh Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang dengan kerjasama pihak polis.

Menurut Hamzah, tinjauan itu dilakukan susulan aduan masyarakat yang mendakwa terganggu dengan kehadiran terlalu ramai warga asing di kawasan penempatan mereka. 

“Saya turun untuk memastikan apa sebenarnya masalah yang timbul apabila pendatang asing ini datang dan duduk bercampur gaul dengan masyrakat disini.

Pegawai imigresen sedang melakukan pemeriksaan dokumentasi ke atas etnik Rohingya di rumah pangsa di Jalan Terubuk, Seberang Jaya di sini hari ini.

“Ini penting kerana polisi untuk kita tentukan masa depan harus kita lihat dari semua segi masalah ada di lapangan dan saya tidak boleh hanya mencadangkan kerajaan untuk buat satu polisi tanpa mengetahui segala masalah yang dihadapi,” kata Hamzah.

Dalam perkembangan sama, Hamzah berkata, kerajaan akan meminta UNHCR menyerahkan senarai pemegang kad suruhanjaya tersebut di negara ini bagi membolehkan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan. 

Jelas beliau, tindakan UNHCR meletakkan syarat untuk memberikan senarai pemegang kad itu menunjukkan suruhanjaya berkenaan tidak ikhlas dalam tindakan mereka.

Pegawai imigresen memberikan pelitup muka kepada etnik Rohingya ketika melakukan pemeriksaan dokumentasi.

 “Sebagai contoh tindakan penguatkuasaan bagi mengesan kesalahan tinggal melebihi tiga tahun tidak dapat dilakukan kerana kerajaan tidak mempunyai senarai mereka yang memegang kad UNHCR. 

“Ini adalah sesuatu yang terpaksa saya ambil kira untuk berbincang dengan UNHCR kerana, segala apa yang saya lakukan ini bukan kerana saya tak ada perasaan perikemanusian terhadap pelarian ini tetapi saya lebih mementingkan rakyat dalam negara kita untuk tinggal lebih selesa.

“Saya sebagai menteri yang menjaga keselamatan juga mempunyai perancangan masa depan untuk semua orang hidup dalam keadaan aman dan sejahtera,” kata Hamzah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dah lama ada dasar beri kerakyatan Malaysia kepada kaum buruh asing dari Tanah Besar Cina dan India termasuk talibarut pengganas PKM yang ditubuhkan dan dibiayai sekian lama oleh Tanah Besar Cina sehingga letak senjata di 1989 pun dapat kerakyataan Malaysia walaupun ada hak warganegara mutlak dengan negara-negara asal mereka masing-masing maka pelarian dan pati lebih layak dapat kerakyataan Malaysia juga demi pilih rakyat berbilang kaum konon, tetapi tendang keluar Singapore dan serah Penang kepada kaum asing dari Tanah Besar Cina dan India pulak dah. Hidupkan semula kejayaan Melayu menentang Malayan Union. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah. Tengok negara kecil DR walaupun ratifikasi ICERD tetapi demi hak pribumi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.