Datuk Seri Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedar ada pihak yang cuba melakukan serangan peribadi serta fitnah tidak berasas terhadapnya ketika negara sedang berdepan dengan bencana pandemik.

Beliau yang mengakui  kecewa dengan tindakan tersebut meminta semua pihak supaya berhenti berpolitik pada masa ini

Katanya, penyebaran berita palsu kini sudah jadi amalan politik negara, begitu juga dengan fitnah tanpa fakta yang bertujuan mengalihkan perhatian terhadap isu-isu dan fokus yang sepatutnya memacu negara ke arah lebih baik.

Dalam pada itu, kata Hishammuddin berkata, sudah tiba masanya untuk semua piha mengamalkan pendekatan baru dalam politik dan tidak terjebak dalam ‘realpolitic’.

“Ini adalah masa terbaik bagi kita sebagai ahli politik di kedua-dua belah pihak untuk membuktikan bahawa kita dapat menjadi lebih baik dalam memainkan peranan kita berkhidmat untuk rakyat.

“Oleh itu jika kita berhasrat untuk membuka semula Parlimen, kita juga mesti bersedia. Umum juga perlu faham tidak ianya tidaklah begitu mudah untuk buka Parlimen begitu sahaja.

“Masa sama kita juga perlu teroka dunia ‘hybrid’ yang juga boleh memastikan sesi Parlimen berjalan lancar dalam keadaan norma baharu ini.

“Sebagai anggota Parlimen, sama ada menjadi lebih baik atau lebih teruk, ia bergantung kepada kita untuk bersama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang bakal terjadi di sesi berikutnya.

“Marilah kita tunjukkan kepada rakyat bahawa kita berada di sini demi kepentingan mereka dan bukannya cita-cita peribadi.

“Saya tidak nafikan pembangkang berhak mengkritik, tetapi kecelaruan politik tidak akan diterima oleh rakyat terutamanya di saat-saat yang sukar ini,” jelasnya.

Beyond Politics and Pandemics di https://www.hishammuddin.com.my/post/beyond-politics-and-the-pandemic

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast