Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini melancarkan Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 kepada pelanggan dan penyimpan baharu dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai kira-kira hampir RM240,000.
Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, kempen itu direalisasikan bagi merancakkan lagi usaha pembudayaan penabungan, yang julung kali diadakan menerusi akaun rasmi Facebook PTPTN @PTPTNOfficial.
Kata beliau, kempen itu mencerminkan keprihatinan PTPTN dalam meningkatkan kesedaran masyarakat untuk melawan ancaman Covid-19, dan pada masa sama menggalakkan ibu bapa terus mengutamakan penabungan untuk masa depan pendidikan anak-anak walau dalam apa jua situasi yang dihadapi oleh keluarga dan juga negara.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://bit.ly/StaySafeWin dan tertakluk kepada Terma dan Syarat.
#StaySafeAndWin
#LoveSSPN