KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
Daripada jumlah itu, 20 daripadanya merupakan kluster tempat kerja manakala empat lagi komuniti dan satu pendidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, enam daripada kluster-kluster itu masing-masing ditemui di Selangor dan Johor, empat di Kedah, dua di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak serta satu di Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.
“Terdapat 795 kluster masih lagi aktif dan jumlah kumulatif kluster yang ditemui di negara ini adalah sebanyak 2,557,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Dr. Noor Hisham menambah, sebanyak 1,762 daripada kluster-kluster yang ditemui sebelum ini telah ditamatkan. – MalaysiaGazette