KUALA LUMPUR – Israel bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan negara majoriti Islam di Asia Tenggara, kata Dutanya ke Singapura, walaupun negara itu dikutuk berikutan serangan yang dilakukan ke atas Gaza pada bulan lalu.
Tiga negara Islam di rantau itu, Indonesia, Malaysia dan Brunei, mengkritik keras terhadap serangan selama 11 hari yang dilakukan Israel dengan pihak berkuasa perubatan berkata lebih 250 penduduk Palestin terbunuh manakala13 warga Israel mati dalam serangan yang dilakukan kumpulan Hamas.
Indonesia, Malaysia dan Brunei menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan dan menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin.
Tiga negara itu tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel dan berulang kali meminta Israel menamatkan pencerobohan di wilayah Palestin dan penyelesaian dua negara yang berasaskan sempadan sebelum peperangan Tumur Tengah pada 1967.
Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni berkata, kritikan yang dilemparkan pemimpin ketiga-tiga negara itu adalah ‘tidak jujur’ dan tidak mengendahkan ‘sifat sebenar konflik’ yang mana beliau menambah ia antara Israel dan Hamas dan bukan penduduk Palestin.
“Hamas adalah sebuah organisasi anti Sematik, saya tidak pasti bahawa ramai orang menyertai debat media sosial benar-benar faham sifat radikal dan fasis Hamas,” katanya kepada Reuters pada temu bual video.
Hamas menolak dakwaan anti Sematik itu.
Karni berkata, Israel mengiktiraf terdapat orang awam maut semasa serangan selama 11 hari itu, namun ia hanya jalan untuk mana-mana pihak mempunyai pengarauh bermakna terhadap apa yang berlaku di Timur Tengah dengan pengwujudan hubungan dengan Israel.
“Kami sedia untuk berbincang, kami sedia untuk bertemu dan pintu ini terbuka. Saya tidak fikir ia sangat sukar untuk mencari kami,” katanya.
Israel mepunyai kedutaan di Vietnam, Thailand, Filipina, Myanmar.
Empat negara Arab, Emiriyah Arab Bersatu (UEA), Bahrain, Sudan dan Maghribi bersetuju menjalinkan hubungan dengan Israel, dengan Amerika Syarikat menjadi orang tengah, pada tahun lalu. – MalaysiaGazette