Kanak-kanak dilaporkan hilang, Olivia (berbaju biru) mendukung adiknya Anna (setahun) selepas disyaki dilarikan ayahnya April lalu akhirnya ditemui mati dalam beg sukan di dasar laut Atlantik pada kedalaman 3,200 kaki baru-baru ini menggemparkan Sepanyol.- Pix Agensi.

LONDON – Mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun telah ditemui dibungkus dalam beg sukan di dasar Lauutan Atlantik pada kedalaman 1,000 meter baru-baru ini.

Ia sekaligus meyakinkan polis untuk memuktamadkan misteri kehilangan seorang kanak-kanak sebelum ini yang dilaporkan telah dilarikan oleh bapanya.

Penyiasat di Sepanyol percaya mayat itu mungkin Olivia Gimeno berusia enam tahun yang telah dilarikan oleh bapanya, Tomas Gimeno pada 27 April lalu.

Mayat itu ditemui bersama satu lagi beg sukan kosong sekaligus mencetuskan kebimbangan adik perempuan mangsa berusia setahun yang turut dibawa bapanya menerima nasib sama dan peluang untuk menemuinya sangat tipis.

Penemuan itu dibuat selepas botol dan penutup selimut milik Ginemo, 37, telah ditemui di dasar laut itu berhampiran kawasan yang sama.

Robot dari kapal misi pencarian kemudiannya menemui beg sukan yang mengandungi mayat kanak-kanak itu.

Ibu mangsa yang menderita sejak kehilangan anak kecil itu, Beatriz Zimmerman telah dimaklumkan mengenainya.

Kapal yang menemui beg sukan mengandungi mayat Olivia, meneruskan misi untuk mencari kakak mangsa,Anna yang masih hilang dan dibimbangi menerima nasib yang sama selepas hilang sejak 27 April lalu.

Perdana Menteri, Sepanyol Pedro Sanchez tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami ibu kedua -dua kanak-kanak malang itu.

Gimeno dikatakan tidak dapat menerima hubungan Beatriz dengan seorang pasangan Belgium selepas mereka berpisah sebelum disyaki melarian kedua-dua anak kecil itu.

Interpol telah mengeluarkan dua notis kuning dalam pencarian dua kanak-kanak malang itu yang telah dilaporkan hilang sebelum ini.

Sementara itu, jurucakap pasukan penyiasat Sepanyol, pihaknya masih menunggu ujian forensik mayat kanak-kanak itu dan ia kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Dalam masa sama, kapal Angeles Alvarino meneruskan misi pencariannya untuk mendapatkan mayat adik mangsa, Anna.-MalaysiaGazette