SHANGHAI – Amerika Syarikat (AS) perlu memberi keutamaan pada siasatan fasa seterusnya asal usul Covid-19 selepas kajian menunjukkan virus tersebut telah berada di negara itu seawal Disember 2019, kata seorang pakar China kepada media milik kerajaan hari ini.

Kajian yang diterbitkan oleh Institut Kebangsaan untuk Kesihatan (NIH) Amerika Syarikat pada minggu ini menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh orang di lima negeri berbeza dijangkiti SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, beberapa minggu sebelum kes rasmi pertama dilaporkan.

Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Zeng Guang memeberitahu Global Times bahawa perhatian kini sepatutnya beralih ke AS yang mana negara itu lambat melakukan ujian ke atas penduduknya pada awal wabak penyakit itu sedangkan banyak makmal biologi berada di negara tersebut.

“Semua senjata bio yang berkaitan dengan perkara ini yang mana negara ini sepatutnya tertakluk kepada pemeriksaan,” katanya.

Mengulas menegnai kajian itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhoa Lijian berkata, kini ‘jelas’ penularan Covid-19 mempunyai ‘punca yang pelbagai’ dan negara lain perlu bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Reuters.

Asal usul pandemik itu menyebabkan hubungan China dan AS tegang, yang mana kebanyakannya tertumpu kepada Institut Virologi Wuhan yang terletak di bandar yang mula-mula dikenalpasti penularan virus tersebut pada penghujung 2019.

Laporan yang dilakukan makmal kerajaan AS menyimpulkan adalah munasabah bahawa virus itu merebak dari makmal di Wuhan, lapor Wall Street Journal pada awal bulan ini.

Satu kajian yang dilakuna sebelum ini meningkatkan kebarangkalian bahawa SARS-CoV-2 telah berada di Eropah seawal Sptember tetapi para pakar berkata, tidak semestinya bermakna ia berpunca di China di mana koronavirus seakan-akan SARS telah ditemui di kawasan hutan. – MalaysiaGazette