RIYADH – Semua warga negara luar yang datang ke Arab Saudi diwajibkan mendaftar status vaksinasi Covid-19 secara dalam talian sebelum sebelum tiba di negara itu.
Badan Akhbar Saudi (SPA) yang memetik kenyataan dari Direktorat Jenderal Pasport (Jawazat) berkata, pendaftaran status vaksinasi dalam talian akan membantu mempercepat prosedur imigresen dan mengurangkan masa menunggu penumpang.
Langkah itu dibuat untuk kerajaan membatasi penyebaran koronavirus untuk memastikan keselamatan warganegara dan penduduk Arab Saudi.
Semua pelancong mesti mematuhi langkah berjaga-jaga dan langkah pencegahan semasa melengkapkan prosedur masuk mereka, tambah Jawazat dalam kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette