ROM – Bintang tengah Itali, Manuel Locatelli muncul sebagai pemain terbaharu yang mengalihkan botol air minuman berkarbonat Coca Cola dari meja sidang medianya di Euro 2020.
Malah pemain itu sambil mengalihkan dua botol minuman itu menjerit meminta air mineral.
Pada Selasa lalu, Cristiano Ronaldo dan juga Paul Pogba mengambil pendekatan sama mengalihkan botol air minuman terkemuka itu dan juga botol arak berjenama dari meja sidang media mereka.
Tindakan Ronaldo mencetuskan kontroversi sekaligus menyaksikan harga saham syarikat minuman terkemuka dunia itu jatuh £2.85 bilion (RM16.39 bilion) selepas bintang dunia itu menggesa jutaan peminatnya supaya mengambil air mineral sihat.
Kini Locatelli pemain ketiga berbuat demikian terhadap dua produk itu yang merupakan penaja utama rasmi Euro 2020.
Dalam aksi menentang Switzerland Rabu lalu Locatelli menjaringkan dua gol untuk menang 3-0 sekaligus merangkul anugerah Uefa sebagai pemain terbaik perlawanan itu.-MalaysiaGazette