Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. Foto HAFIZ SOHAIMI, 25 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja terjatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin di tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi.

Akibat insiden yang berlaku kira-kira 6 petang tadi, mangsa mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu didengari oleh anggota polis yang bertugas di kaunter pertanyaan di balai tersebut.

Lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Mohamad Zainal meminta orang ramai tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian ini yang boleh mendatangkan kegusaran awam. – MalaysiaGazette