Abdul Azeez (tengah) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengaminkan doa bagi keselamatan Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin UMNO ke Palestin.

KUALA LUMPUR – Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin UMNO telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.

Mereka dalam misi membawa sumbangan untuk rakyat Palestin dan keperluan hospital di sana.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, misi itu diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, mereka akan bekerjasama erat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Palestin dalam misi itu.

“Rombongan UMNO ini akan turut membantu memperbaiki kerosakan Masjid Al-Aqsa.

“UMNO sebelum ini melancarkan tabung untuk misi Bantuan Kemanusiaan Palestin iaitu Tabung Muafakat Palestin,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi Facebooknya, malam ini.

Menurut Ahmad Zahid, seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada pasukan UMNO ke Palestin.

“Bersama kita doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dalam menjalankan misi kemanusiaan di sana.

“Semoga misi Biro Kebajikan UMNO mendapat ganjaran pahala oleh Yang Maha Esa,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Umno harus belajar daripada Palestin enggan tendang keluar Baitulmaqdis kepada majority kaum Yahudi supaya insaf siapa suruh tendang keluar Singapore dan serah Penang kepada majority kaum asing dari Tanah Besar Cina dan India demi pilih rakyat berbilang kaum konon.

  2. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah. Negara kecil DR walaupun ratifikasi ICERD tetapi demi hak pribumi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.