Stefan Lofven

STOCKHOLM – Buat kali pertama dalam sejarah, Parlimen Sweden membuat satu kejutan besar apabila menjatuhkan Perdana Menterinya, Stefan Lofven menerusi usul undi tidak percaya.

Seramai 181 ahli daripada 349 ahli Parlimen mengundi sebagai menyokong usul tidak percaya manakala 51 lagi tidak hadir.

Inilah kali pertama dalam sejarah negara itu, seorang perdana menteri digulingkan menerusi undi tidak percaya.

Rentetan keputusan itu, pemimpin Demokrat Sosial itu mempunyai tempoh seminggu untuk meletakkan jawatan dan memanggil pilihan raya umum tergempar.

Keputusan itu dibuat selepas ketegangan berlaku dalam meluluskan draf undang-undang had kadar sewa di kediaman flat baharu menyebabkan Left Party menarik balik sokongan kepada kerajaan pakatan itu.

Kerajaan Pakatan Minoriti yang dibentuk oleh Parti Demoktratik Sosial itu kini tumbang.

Jika Lofven mengambil keputusan berundur dari kedudukannya sebagai PM, Speaker Parlimen akan mengadakan rundingan dengan parti dalam Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Left Party di Sweden memanggil undi tidak percaya ke atas PM minggu lalu selepas rang undang-undang menamatkan had sewa di flat baharu.

Pilihan Raya dijangkakan di Sweden pada September ini.- MalaysiaGazette