LONDON – Arsenal bersedia untuk mengemukakan bidaan kedua berjumlah £17 juta untuk bintang Anderlecht Albert, Sambi Lokonga.
Kelab itu dikatakan sudah bersetuju terma perjanjian inyuk mendapatkan pemain tengah tersebut.
Mikel Arteta berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu sebagai bagi mengukuhkan jentera tengah dalam menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Arteta terdesak untuk mengisi kekosongan bahagian tengah selepas Danmi Ceballos dan Martin Odegaard meninggalkan Emirates selepas tempoh pinjaman pemain terbabit tamat musim lalu.
Granit Xhaka pula akan menyertai AS Roma yang dikemudi Jose Mourinho.
Arteta mahu melabur dana jualan Xhaka untuk mendapatkan Lokonga.
Bidaan pertama Arsenal untuk Lokonga sebanyak £13 juta ditolak kerana Anderlecht berpendapat kelab itu berhak menuntut klausa pelepasan berjumlah £20 juta untuk bintang muda itu.
Arsenal bagaimanapun masih mahu menguji kelab berkenaan dengan bidaan berjumlah £17 juta dengan bonus tambahan £3 juta untuk pemain itu.
Laporan media mendakwa Lokonga berminat untuk berhijrah ke England dan sudah bersetuju terma peribadi dengan the Gunners.
Justeru, Atalanta dan Sevilla juga bersedia untuk bersaing dengan Arsenal untuk khidmat bintang muda itu. – MalaysiaGazette