Memphis Depay. Foto The Mirror.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap Lyon, Memphis Depay telah melengkapkan perpindahan secara percuma ke Barcelona sebagai ejen bebas.

Pemain antarabangsa Belanda itu telah membiarkan kontraknya tamat bersama kelab itu untuk bebas bersama mana-mana kelab yang memberikan tawaran yang terbaik kepadanya.

Pada musim lepas di Ligue 1, dia telah menjaringkan 20 gol dan memberikan 12 bantuan gol seterusnya berjaya meyakinkan pengurusan Barcelona untuk mendapatkan bekas pemain Manchester United dengan statistik yang hebat.

Sebelum ini, terdapat juga spekulasi United mendapatkan semula Depay kerana dalam kontrak sebelum ini terdapat terma dan syarat ‘belian semula’.

Apa pun perpindahan Depay ke Barcelona mendapat pujian ramai dan dia sanggup tunggu sehingga kontraknya tamat.

Pemain berusia 27 tahun itu bertekad untuk tidak menyambung kontraknya dan bermain sehabis baik untuk membuka mata kelab besar memikatnya.

Kebanyakan pemain sukakan kontrak yang panjang supaya mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat tetapi lain pula kisahnya mengenai Depay walaupun dia telah cedera ACL pada Disember 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast