LIMA – Gempa bumi yang kuat menggegarkan Lima dan wilayah pesisir tengah Peru.
Setakat ini tiada laporan kematian dan kerosakan dilaporkan.
Pusat Seismologi Peru berkata, pihaknya mengesan gegaran pada 6 skala Richter tetapi Kajian Geologi Amerika Syarikat yang memantau gempa bumi di seluruh dunia melaporkan pada skala 5.8.
Gempa berlaku pada jam 9.54 malam waktu tempatan (0254 GMT Rabu), dengan pusat kedalaman 33 kilometer (km) di barat daya Mala – kira-kira 100 km selatan Lima – dan pada kedalaman 32km, kata Pusat Seismologi.
Jumlah penduduk di Lima seramai 9.7 juta orang, hampir satu pertiga daripada penduduk Peru – membanjiri jalan-jalan di ibu kota ketika gempa itu melanda.
Pemantau Peru memaklumkan tidak ada risiko tsunami.
”Itu adalah salah satu gempa bumi terkuat yang pernah dirasakan di Lima sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Hernando Tavera, Ketua Institut Geofizik Peru. – MalaysiaGazette