Bulan Jun hingga Ogos selalunya sinonim dengan musim durian, pastinya gerai-gerai durian di tepi jalan menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli dan memiliki raja buah itu.
Bagaimanapun, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, para peniaga terpaksa berdepan dengan kerugian kerana kekurangan kehadiran pelanggan, hanya jualan atas talian alternatif yang membantu mereka.