Fuziah Salleh

KUANTAN – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh meminta penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tentang isu membunuh diri yang didakwa semakin menjadi-jadi dan  angkanya meningkat saban hari.

Katanya disebabkan Parlimen tidak bersidang maka beliau tidak dapat menanyakan soalan di Dewan Rakyat.

Justeru pihaknyamenggunakan platform lain dengan membawa soalan tersebut kepada domain awam.

Jelasnya, pihak kerajaan perlu mengenal pasti punca dan menghentikan trend mengambil nyawa sendiri dalam kalangan rakyat Malaysia serta melahirkan kegusarannya menerusi kenyataan medianya hari ini.

“Seterusnya saya mendesak Menteri Kesihatan menjawab dengan segera kerana isu bunuh diri semakin menjadi-jadi pada masa kini.

“Apakah statistik rasmi ‘Daftar Bunuh Diri Kebangsaan’ jumlah bunuh diri mengikut negeri bermula dari Mac 2020 sehingga  Jun 2021. Berbanding tempoh masa yang sama pada tahun-tahun sebelum pademik Covid-19.

“Apakah punca utama yang dikenalpasti oleh pasukan kesihatan mental yang menjadi pendorong kepada  rakyat mengambil nyawa sendiri.

“Berdasarkan punca-punca yang dikenalpasti oleh pihak kementerian, apakah langkah-langkah yang sudah, sedang dan akan di ambil oleh pihak kerajaan untuk membendung gejala bunuh diri ini,” kata Fuziah.

Dalam pada itu, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilapor­kan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober tahun lalu semasa musim PKP 1.0

Manakala Kementerian Kesihatan pernah melaporkan sejumlah 465 cubaan kes bunuh diri dilaporkan dan menerima rawatan bagi tempoh Januari hingga Julai 2020.

Sehingga 18 Jun lalu, Talian Bantuan Sokongan Psikososial di KKM menerima rekod sebanyak 122,328 panggilan bermula 1 Januari tahun lalu.

Daripada jumlah itu sebanyak 109,806 panggilan bersamaan 89.4 peratus adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. SEBERANG PERAI – Sebanyak 111 kes bunuh diri dilaporkan di Pulau Pinang dalam tempoh 17 bulan bermula Januari 2020 hingga Mei lalu.
    Ini bermakna, sepanjang tempoh itu, purata tujuh individu membunuh setiap hari.

    KES LYNAS BOKSIT YANG DIPERJUANGKAN FUZIAH KEMANA? BUKAN KE FUZIAH SETUJU SEMASA P unah H araPAN BERKUASA….

    kenyataan Fuziah yang menyifatkan negara terpedaya dan mungkin juga tertipu di dalam keputusan menerima Lynas untuk beroperasi di Malaysia kerana jangkaan ia satu industri strategik yang membawa manfaat dan kebaikan kepada negara.
    Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/41734/BERITA/Nasional/Isu-Lynas-Fuziah-diminta-tunjuk-bukti
    © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Comments are closed.