Foto Instagram Khalid Jamlus.

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus redha apabila  terpaksa menutup perniagaan kedai makannya di Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Selangor yang dibuka sejak sembilan bulan lalu.

Dia yang mengusahakan gerai daging salai masak lemak cili api, terpaksa membuat keputusan sukar itu dipercayai kesan daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan tiada pelanggan.

“Tikar yang kami bentang mencari rezeki, tikar itu juga kami terpaksa gulung,” kata Khalid dalam keterangan gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.

Selain daging salai, Khalid turut menyediakan set siakap dan ayam goreng kampung.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan berkenan membeli Kasut Emas itu pada satu nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast