Tangkap layar menunjukkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu mengaitkan USM.

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang bertindak menyebar berita palsu di laman media sosial sehingga menjejaskan imej dan reputasi universiti.

USM dalam satu kenyataan memberitahu, pihak universiti memandang serius berhubung dakwaan pasangan kembar yang tertukar sejak bayi hampir 20 tahun adalah disebabkan oleh kecuaian USM.

ARTIKEL BERKAITAN

Bagai kisah ‘puteri’ yang tertukar, dua keluarga lalui kisah tragis

“Siasatan USM mendapati kelahiran tersebut tidak dikendalikan oleh pihak universiti.

“Pihak USM telah menyiasat tuduhan tersebut yang didapati tidak benar dan sedang mengkaji keperluan mengambil tindakan undang-undang jika terbukti ia dilakukan dengan sengaja bagi memfitnah universiti.

“Pihak Universiti juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang mengeluar kenyataan sewenang-wenangnya apatah lagi menyebarkan berita palsu kerana ia bukan budaya universiti ini,” katanya hari ini.

Sejak semalam, tular di laman sosial dakwaan kejadian pasangan kembar yang tertukar hampir 20 tahun lalu disebabkan kecuaian petugas USM.

Namun begitu, USM terlibat secara langsung menjalankan ujian DNA yang membawa kepada pengesahan pertalian di antara kedua-duanya. – MalaysiaGazette