Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan di seluruh negara mulai esok, 1 Julai 2021.
Waktu operasi kaunter perkhidmatan bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja untuk beberapa perkhidmatan terpilih.

Pembukaan semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan KWSP bagi perkhidmatan terpilih adalah bagi memenuhi keperluan ahli yang memerlukan perkhidmatan KWSP di samping mengimbangi aspek kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli yang hadir berurusan.

Perkhidmatan terpilih yang disediakan adalah seperti berikut:

A. Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60
B. Pengeluaran Kesihatan
C. Pengeluaran Kematian; dan
D. Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluaran

Ahli hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui Janji Temu Online (JTO) dengan melayari www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum mendapatkan perkhidmatan di kaunter perkhidmatan KWSP.

KWSP akan menghubungi ahli untuk hadir di kaunter perkhidmatan pejabat KWSP yang berkenaan bagi urusan penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank untukpengeluaran yang telah dibuat oleh ahli.

Ahli disarankan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) bagi perkhidmatan-perkhidmatan KWSP yang telah disediakan secara dalam talian
bagi mempercepatkan dan memudahkan urusan dengan KWSP.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast