KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan dua lagi atlet Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Mereka adalah pemanah negara, Syaqiera Mashayikh dan pemain golf wanita profesional, Kelly Tan.
Pengesahan itu dibuat MOM melalui hantaran di laman Facebook sambil mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet berkenaan atas kejayaan mereka menempah tiket ke Olimpik.
Ini adalah penampilan pertama di Sukan Olimpik buat Syaqiera manakala Kelly, ia kali kedua selepas Sukan Olimpik Rio 2016.