Azreen Nabila Alias.

KUALA LUMPUR – Seramai 30 atlet negara sah akan membawa cabaran Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo yang akan membuka tirainya, 23 Julai ini.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan berkata, skuad badminton muncul sebagai wakil teramai dengan lapan pemain akan berentap pada temasya terbabit.

Lapan atlet terbabit merangkumi empat pemain lelaki dan empat pemain wanita bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta berega campuran.

Perseorangan lelaki akan diwakili Lee Zii Jia sementara perseorangan wanita oleh Soniia Cheah, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Jumlah 30 atlet itu kurang dua daripada kontinjen yang beraksi di Rio 2016 dan lebih seorang mengatasi kontinjen di London 2012.

Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang layak ke temasya terbabit.

“Mereka bekerja keras dalam keadaan yang sangat sukar sepanjang dua tahun ini untuk layak ke Sukan Olimpik. Kita hanya ada tiga minggu lagi sebelum ke pertandingan itu dan kelompok pertama atlet daripada sukan pelayaran akan bertolak pada 8 Julai ini

“Bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) akan memberikan fokus kepada persiapan akhir atlet supaya mereka boleh mencapai kemuncak prestasi di Tokyo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Senarai atlet ke Sukan Olimpik Tokyo

Memanah
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

Olahraga
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Badminton
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying

Berbasikal
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Terjun
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee

Golf
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Gimnastik
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Pelayaran
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Menembak
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Renang
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast