ISLAMABAD – Satu letupan bom daripada mainan berlaku di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) barat laut Pakistan menyebabkan tiga kanak-kanak terbunuh.
Sekumpulan kanak-kanak menemui mainan yang diisi bahan peledak dekat rumah mereka di daerah Mehsud Keruna di daerah Tank di wilayah itu.
Mereka kemudia bermain dengan mainan itu ketika ia meletup, kata sumber polis.
Akibatnya, tiga kanak-kanak, berusia antara lima hingga 12 tahun, terbunuh di tempat kejadian.
Berikutan kejadian itu, pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian dan memindahkan mayat ke hospital berdekatan dan mengepung kawasan tersebut.
Menurut pegawai kerajaan, sejumlah serangan bom mainan telah berlaku di negara itu dan wilayah-wilayah barat daya Punjab sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bulan lalu, letupan bom mainan menyebabkan tiga kanak-kanak mati dan seorang lagi cedera di Quetta, ibu kota wilayah wilayah Punjab. – MalaysiaGazette