Zainal Abidin Ahmad

KUALA LUMPUR – Perodua mengingatkan para pelanggan baharunya dan yang sedia ada mengenai penipuan yang melibatkan penasihat jualan palsu yang meminta pelanggannya untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.

Ia susulan insiden sekurang-kurangnya dua individu yang telah menyamar sebagai penasihat jualan Perodua dan meminta pelanggan untuk membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menambah, Perodua sedang bekerjasama dengan pihak polis mengenai isu tersebut.

”Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelanggan kami yang dihargai untuk hanya membuat sebarang pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau di kaunter cawangan-cawangan kami sahaja,” katanya.

Untuk melindungi para pelanggan baharu dan yang sedia ada, Perodua memberikan
panduan semasa pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast