TOKYO – Sekurang-kurangnya 20 orang hilang dan dua mayat ditemui selepas kejadian tanah runtuh besar di sebuah bandar peranginan di Jepun hari ini.
Berpuluh-puluh rumah mungkin ‘terkubur’ setelah arus lumpur melanda lereng bukit di daerah Izusan, Atami, barat daya Tokyo sekitar pukul 10 pagi selepas beberapa hari hujan lebat.
Rakaman video yang mengejutkan menunjukkan tanah runtuh runtuh di lereng bukit dan menghancurkan bangunan menyebabkan orang melarikan diri.
Menurut laporan DailyMail, dua orang ditemui dalam keadaan serangan jantung dan masalah pernafasan’, kata gabenor wilayah itu.
Gabenor Shizuoka mendakwa sekitar 20 orang masih hilang setelah dihanyutkan oleh tanah runtuh sementara askar telah bergabung dengan pasukan bomba dan polis dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa terperangkap di bawah lumpur.- MalaysiaGazette