KUALA LUMPUR – Ura-ura UMNO akan menarik diri daripada sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional semakin hangat diperkatakan.
Khabarnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan siri pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen UMNO berhubung tindakan yang dijangka diputuskan menjelang Ogos.
Namun tiada keputusan dimuktamadkan.
Presiden dikatakan telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen ‘biasa’, manakala sesi bersua muka dengan ahli-ahli Parlimen yang mempunyai jawatan dalam Kabinet dijangka diadakan sehari dua ini.
MalaysiaGazette difahamkan malam ini akan berlangsung pertemuan Zahid dengan ahli-ahli Parlimen UMNO yang ‘berjawatan’ dan tidak berjawatan.
Lokasi pertemuan pada mulanya dikatakan di Safe House, Jalan Bellamy yang menjadi tempat ‘pertemuan misteri’ sekumpulan ahli Parlimen UMNO baru-baru ini.
Namun sumber memaklumkan berdasarkan perkembangan semasa, pertemuan dipindahkan ke lokasi lain.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette