Abdul Hadi Awang PAS GE14 14th General Election Perikatan Nasional Islam Muslim
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020 disebabkan tindakan sebahagian daripada Ahli Parlimen dalam kerajaan itu kembali ke pangkal jalan untuk menyelamatkan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PH menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) April 2018 hasil dari janji dan manifesto yang sebahagian besarnya bohong serta menipu.

“Kemuncaknya, ketika dalam kerajaan mereka berani mencabar kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja juga dicabar.

“Komunis yang ganas dan lebih ganas daripada penjajah pula disanjung. Begitu juga kalangan puak LGBT dan seumpamanya mula bebas menuntut hak dan ada pula kelompok dalam kerajaan PH yang mendukungnya.

“Akhirnya, mereka tumbang secara demokrasi apabila adanya keinsafan dalam kalangan sebahagian Ahli Parlimen yang kembali ke pangkal jalan bagi menyelamatkan negara,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, di negara ini pula, wabak politiking yang dialami agak berbeza, tetapi virusnya merebak dengan sangat meluas.

Mereka, katanya, mendapat dukungan media sosial upahan tanpa sempadan menyebarkan pelbagai penipuan, berita palsu dan sebagainya sehingga berjaya menubuhkan kerajaan yang membawa pendekatan liberal yang tidak sesuai dengan masyarakat negara ini.

Namun, kata beliau, pandemik politiking gila untuk berkuasa semula masih menjalar wabaknya sehingga tidak mempedulikan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa rakyat.

“Setelah gagal melalui pendekatan meniru langkah Perikatan Nasional (PN) mengambil akuan sumpah (SD) Ahli Parlimen, mereka mengemukakan undi percaya dan undi tidak percaya, tetapi juga gagal.

“Mereka juga berusaha menubuhkan jajaran baharu sehingga terkini mengheret semua pihak berpolitiking.

“Raja-Raja Melayu sepatutnya tidak diheret berpolitiking kerana baginda masih banyak tugas lebih penting daripada melayan kehendak mereka yang berpenyakit politiking itu,” ujarnya.

Abdul Hadi dengan nada sindir berkata, ada pula dalam kalangan pemimpin PH masih tidak sedar diri sudah menjadi pembangkang, bukan lagi kerajaan, tetapi berlagak membuat kenyataan seolah-olah masih berada di atas takhta.

“Kedua-dua pandemik tersebut (politiking dan Covid-19) menyusahkan rakyat. Sepatutnya pandemik Covid-19 ditangani dengan penuh penumpuan oleh semua pihak bagi menjaga nyawa rakyat yang tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Bahkan, wajib bertolong menolong kerana wabak ini tidak mengenal siapa, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik.

“Adapun peranan politik boleh ditunggu sehingga PRU-15 diadakan, rakyat pula jangan mudah lupa sehingga ditipu berulang kali,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Alahai lebai…ko yg derhaka kepada titah Agong..dan putar belit, ko tuduh org lain plak? Lg satu nak tanya sejak ko jd Wakil Khas Kerajaan ke Timur Tengah dgn pangkat setaraf menteri, berapa billion pelaburan dari Timur Tengah yg kau bawa? Ko tau tak, ambil gaji dari duit cukai rakyat tp makan gaji buta hukumnya adalah haram!

Comments are closed.