Gambar Hiasan

BAGHDAD – Tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh sebuah dron yang dilengkapi dengan senjata di Baghdad, kata pegawai keselamatan Iraq, selepas beberapa jam serangan roket dilakukan ke atas pengkalan yang menempatkan askar AS di barat negara itu.

Sistem pertahanan AS melepaskan roket di Baghdad pada malam Isnin dengan sumber keselamatan Iraq berkata, tembakan itu menyebabkan dron tersebut meletop.

Sejak awal tahun ini, sebanyak 47 serangan disasarkan ke atas kepentingan AS di negara tersebut, yang mana seramai 2,500 tentera AS telah dikerahkan sebagai sebahagaian daripada gabungan tentera antarabangsa untuk menentang kumpulan Daesh.

Enam daripada serangan itu membabitkan dron, taktik yang memeningkan kepala gabungan ketenteraan ketika pesawat itu boleh mengelak pertahanan udara.

Pada April lalu, sebuah dron yang sarat dengan bahan letupan mengenai ibu pejabat gabungan tentera Iraq yang terletak di lapangan terbang Ebil, ibu negeri wilayah Kurdish di Iraq.

Sebulan selepas itu, sebuah dron melepaskan bahan letupan di pengkalan udara Ain al Assd yang menempatkan askar AS.

Pada 9 Jun lalu, tiga dron yang membawa bahan letupan menyasarkan lapangan terbang Baghdad di mana tenetera AS ditempatkan namun salah sebuah dron itu dipintas tentera Iraq.

AS yang bimbang dengan serangan dron menawrkan ganjaran sebanyak AS$3 juta untuk maklumat tentang serangan yang ditujukan kepada kepentingannya di Iraq.

Semalam tiga roket menyasarkan pengkalan udara Iraq yang terletak di padang pasir barat negara itu yang juga menempatkan askar AS, kata gabungan tentera antarabangsa.

Serangan yang disasarkan kepada pengkalan Ain al Assad tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa. – MalaysiaGazette