Djokovic mara ke suku akhir Wimbledon malam tadi.

LONDON – Juara lapan kali, Roger Federer dan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic melangkah ke pusingan suku akhir Terbuka Wimbledon.

Djokovic, 34, meneruskan saingan memburu gelaran Grand Slam ke-20 untuk menyamai rekod Federer dengan mengalahkan pemain Chile, Cristian Garin, 6-2, 6-4, 6-2.

Sementara, Federer menumpaskan pemain Itali, Lorenzo Sonego, 7-5, 6-4, 6-2.

Pada saingan suku akhir, Federer akan berdepan sama ada  pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev atau pemain Poland, Hubert Hurkacz.

Manakala Djokovic akan menentang pemain Hungary, Marton Fucsovics.

Terdahulu, Marton pemain nombor lima dari Rusia, Andrey Rublev. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast