Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar diwujudkan segera rumah gelandangan sementara bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan golongan itu.- Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar diwujudkan segera rumah gelandangan sementara bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan golongan itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini, Tunku Ismail bertitah dalam keadaan pandemik COVID-19 kini, mereka yang hidup gelandangan adalah antara golongan paling terdedah kepada jangkitan virus tersebut kerana mereka terpaksa tinggal di tepi jalan atau di tempat awam.

“Dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risiko jangkitan akan menurun dan mereka juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal. Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah,” titah baginda.

Selain itu, Tunku Ismail bertitah agar pembinaan pusat transit gelandangan di bandar raya itu dapat dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan dapat tempat tinggal yang lebih selesa selain dapat menerima bantuan dari segi makanan dan kesihatan.

Baru-baru ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kebangsaan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri Johor berhubung keperluan memberi vaksin kepada gelandangan di bandar raya itu sebagai antara langkah bagi mengelak penularan kes COVID-19 melibatkan golongan tersebut.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Maaf TMJ. Rasanya tak sesuai. Rumah gelandangan sbnrnya memgumpulkan ramai org dalam satu bangunan, share kantin, share tandas, share ruang2 pada satu masa. Adakah ini bagus untuk cegah Covid? Adakah anda yakin penghuni boleh patuh SOP?
    Kecuali satu rumah utk satu keluarga gelandangan. Tp gelandangan ramai yg sebatang kara.

Comments are closed.