KUALA LUMPUR – The Italian Baker Sdn. Bhd., pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium Kanada,
flaxseed, biji chia, biji bunga matahari dan bijan hitam, yang kaya dengan vitamin dan mineral.
Ditawarkan untuk tempoh terhad, Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo menggandingkan isi padat lagi lembut dan bijirin ranggup yang enak.
Sementara Massimo mempunyai pelbagai pilihan roti sandwic enak lagi berkhasiat seperti roti sandwic dengan Germa Gandum (Sandwich Loaf with Wheat Germ), Roti Gandum Penuh 100% (100% Wholewheat Loaf), Roti Fine Wholemeal (Fine Wholemeal Loaf), jenama tersebut memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan termasuk memperkenalkan roti-roti artisan tradisional dan pilihan pelbagai bijirin yang lebih bermanfaat untuk kesihatan.
Pengerusi The Italian Baker Sdn. Bhd., Jeremy Goon berkata, gabungan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli ini unik serta khasiat nutrisi barli yang telah dikaji secara terperinci.
Barli tergolong antara ‘super food’, kaya dengan serat yang mempunyai kandungan tinggi bahan antioksidan tokotrienol dan beta-glukan yang boleh mengurangkan kolesterol.
Pengambilan barli sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat telah menunjukkan dapat mengukuhkan sistem imun badan, membantu dalam pengurusan berat badan, melancarkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan usus, merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melindungi daripada penyakit diabetes.
Roti yang diperbuat daripada barli mempunyai sejarah purba di Timur Tengah, yang mana ia dianggap sebagai makanan ruji.
Beliau menambah, sejak pandemik Covid-19 melanda, pengambilan roti semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mengamalkan diet yang berkhasiat sangatlah penting demi mengekalkan kesihatan, terutamanya pada masa kini bila kita lebih kerap makan kerana berada di rumah.
Oleh demikian, pembuat roti, saintis makanan, pakar pemakanan serta pasukan penyelidikan dan pembangunan telah bekerjasama untuk mengembangkan
roti multigrain artisan pertama dengan mengimbangkan keperluan nutrisi dan keenakan rasa dengan teliti. – MalaysiaGazette