KUALA LUMUPUR – Selepas Tanda pagar #KerajaanGagal sohor sebelum ini, popular pula tanda pagar #KerajaanTumbang di Twitter.
Perkembangan itu hadir ketika kemelut politik dalam Perikatan Nasional (PN) memuncak apabila UMNO bertindak menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
MalaysiaGazette tertumpu kepada satu ciapan pengguna media sosial mengenai tanda pagar #KerajaanTumbang.
Menurut Faiq Amiril Zaqwan, beliau malu dengan perkembangan politik negara yang berlaku hari ini.
“Politik Malaysia semakin hari semakin memalukan!,” ciap beliau.
Lebih memeranjatkan Aaron Denison berkata, perkembangan politik hari ini lebih menjurus kepada soal kuasa dan mengabaikan soal rakyat yang kini terhimpit dengan penularan Covid-19.
Katanya, pemimpin-pemimpin politik negara dilihat tidak peka dengan situasi rakyat yang mengibarkan bendera putih untuk meneruskan hidup.
“Mereka tidak kisah tentang bendera putih yang berkibaran atau nyawa yg telah melayang, mereka hanya ingin kekal berkuasa dan mengumpulkan harta serta wang. Mereka lupa bahawa di saat #KerajaanTumbang, ramai yg sedang merana,” katanya di Twitter.
Sharwin Subra pula berkata, hanya ada satu cara untuk menurunkan suhu politik negara dengan mengembalikan mandat itu kepada tangan rakyat.
“Kembalikan Mandat Rakyat! This is what we voted for and the time is coming near!,” kata beliau.
Malah Lydia berkata generasi akan datang pasti akan keliru dengan perkembangan politik negara kini.
history textbooks will be so confusing and interesting. goodluck, kids,” ciap beliau.
“Future student ask :what is happened in 2020-2021?,” ciap @phhskt
Dalam pada itu, tanda pagar #KerajaanTumbang telah diciap lebih 6,000 ciapan. – MalaysiaGazette