Pegawai Kesihatan Negeri Pulau Pinang merampas peralatan milik pusat jagaan Ambulatori tersebut.

BAYAN LEPAS – Sebuah pusat jagaan ambulatori swasta yang beroperasi secara haram di Jalan Dr Tun Awang di sini disita serta diarah tutup serta merta semalam.

Kegiatan pusat perubatan itu terbongkar selepas Jabatan Kesihatan Negeri menerusi Cawangan dan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) menyerbu pusat rawatan itu kira-kira pukul 1 tengah hari.

Pegawai Kesihatan Negeri merampas peralatan milik pusat Ambulatori swasta tersebut.

Menurut Jurucakap CKAPS,  pusat perubatan swasta itu beroperasi tanpa lesen yang sah lebih setahun.

“Ketika serbuan, terdapat 42 individu terdiri daripada 17 pesakit, tiga pegawai perubatan dan 22 pekerja pusat terbabit.

Pesakit dan pekerja turut berada dalam pusat perubatan swasta tersebut ketika operasi dilakukan.

“Turut dirampas dalam serbuan itu, peralatan-peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit serta dokumen berkaitan,” katanya.

Difahamkan, pusat perubatan swasta itu beroperasi 18 jam setiap hari dan mereka menarik para pelanggan dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk peringkat permulaan.

Pusat perubatan swasta itu dikatakan beroperasi lebih setahun dan menerima pelbagai pesakit.

Susulan itu, rata-rata yang menerima perkhidmatan itu menjadi pelanggan tetap di pusat terbabit bagi menerima rawatan.

Pusat jagaan tersebut disita.

Antara rawatan yang dilakukan termasuk ultra sound, pembedahan kecil dan pemeriksaan buat pesakit jantung.

Premis itu kemudian diarah tutup serta merta dan disita dibawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast