KUALA LUMPUR – Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani yang ditahan bersama suaminya, Ardi Bakrie kerana dipercayai telah mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu.
“Ketiga-tiganya kini telah disyaki terlibat dan pengakuan awal yang dinyatakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak lima bulan lalu.
“Ketika ini kami masih lagi sedang membuat siasatan mengenai kes itu, termasuk menjejak dari mana mereka mendapatkan bekalan,” jelas laporan itu.
Sementara itu, wajah terbaharu pelakon berkenaan juga ternyata telah mengejutkan ramai terutama sekali peminat.
Dikenali antara artis Indonesia yang berwajah cantik dan berkahwin pula dengan suaminya yang kaya, penampilan terkini Nia Ramadhani kini ternyata berubah dengan wajah yang lebih cengkung. – MalaysiaGazette