Asap tebal berkepul dari bangunan kilang makanan dan minuman Hashem. foto Agensi

DHAKA – Polis Bangladesh telah menahan pemilik kilang minuman yang terbakar dan menyebabkan sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh.

Abul Hashem, pemilik Hashem Foods, dan empat anaknya antara lapan orang yang ditahan pada hari Sabtu.

Polis berkata, mereka berdepan dengan tuduhan membunuh.

Kebanyakan pekerja maut dalam kebakaran itu selepas terperangkap di dalam bangunan di kunci.

Kanak-kanak adalah antara mangsa dan siasatan berasingan akan dilakukan kerana menggunakan pekerja di bawah umur.

Menteri Buruh Bangladesh, Monnujan Sufian, mangsa paling muda berusia 14 tahun.

Sebelum ditangkap, Hashem memberitahu media “pencerobohan pekerja” seperti merokok yang dibuang merata-rata mungkin menjadi punca kebakaran.

Kebakaran berlaku pada Khamis malam lalu dari tingkat bawah kilang enam tingkat di Rupganj, sebuah bandar industri berhampiran ibu kota, Dhaka.

Bomba memaklumkan kebanyakan mangsa terperangkap di tingkat tiga.

Kebakaran besar kilang itu dipercayai disebabkan oleh bahan kimia dan plastik yang disimpan di dalam bangunan.

Kilang itu terbakar hampir 24 jam sebelum berjaya dipadamkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast