Gambar hiasan

JAIPUR – Sekurang-kurangnya 11 orang maut dipanah petir dan beberapa orang lagi dilaporkan cedera di sini.

Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang ber ‘selfie’ dalam hujan di atas menara pengawal di Fort 12th Century di bandar ini, sebuah tarikan pelancongan yang popular.

Semasa itu, seramai 27 orang – kebanyakannya golongan muda berada di atas menara dan tembok kubu.

Petir membunuh kira-kira 2,000 orang penduduk India setiap tahun.

India sedang dalam musim tengkujuh sehingga September ini mengalami hujan lebat.

Jabatan Meteorologi India (IMD) mengatakan kematian akibat dipanah kilat meningkat dua kali ganda di negara ini sejak tahun 1960-an.

Data menunjukkan kejadian kilat juga meningkat sebanyak 30% -40% sejak awal hingga pertengahan 1990-an.

Pada tahun 2018 negeri selatan Andhra Pradesh mencatatkan 36,749 panahan kilat hanya dalam tempoh 13 jam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast