Antara suspek kumpulan bersenjata yang ditahan polis Haiti.

PORT-AU-PRINCE – Polis Haiti memberitahu pihaknya telah menahan seorang doktor perubatan yang dipercayai suspek utama insiden pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise baru-baru ini.

Suspek berkenaan, Dr. Christian Emmanuel Sanon berusia 63 tahun.

Moise, 53, terbunuh di istana rasminya pada 7 Julai lalu selepas ditembak oleh 28 orang tentera upahan Colombia, kata Polis Haiti sebelum ini.

Isterinya tercedera dalam serangan yang sama dan diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) untuk rawatan segera.

Beliau menyifatkan serangan itu berlaku dengan sekelip mata dan suaminta tak dapat berucap kata-kata akhirnya.

Penahanan Sanon diumumkan polis pada Ahad di ibu kota Port-au-Prince.

“Suspek utama ini masuk Haiti menggunakan jet peribadinya dengan objektif politik. Pelan asal individu itu adalah untuk menahan Moise tetapi misinya sudah ditukar kemudian.

“Ketika Polis Haiti mengepung kawasan mengelak kumpulan penjenayah itu melarikan diri selepas serangan itu, nama pertama yang disebut oleh salah seorang penjenayah adalah Christian Emmanuel Sanon.

“Dia menghubungi dua lagi suspek yang dianggap sebagai dalang dalam pembunuhan Presiden Jovenel Moise,” kata Ketua Polis Haiti Leon Charles tanpa mendedahkan identiti mereka.

Selepas kejadian itu, delegasi Keselamatan Kanan AS tiba pada Ahad lalu untuk menilai situasi keselamatan di kawasan berkenaan.

Pasukan berkenaan juga bertemu beberapa ahli politik Haiti yang setiap daripadanya mendakwa menjadi mangsa pemimpin negara tersebut.

Selepas serangan itu,. pihak berkuasa Haiti menagih AS dan PBB untuk menghantar pasukan tentera ke negara itu untukĀ  melindungi infrastruktur utamanya.

Pentadbiran Presiden Joe Biden bagaimanapun menolak permintaan itu dan mengambil keputusan membuat keputusan memerhatikan keadaan di Haiti secara lebih terperinciĀ  terlebih dahulu.

Moise menjadi presiden negara termiskin di benua Amerika itu sejak tahun 2017 dan sepanjang kepimpinannya mendiang berdepan tuduhan rasuah yang kemudian mencetuskan protes di ibu kota dan beberapa bandar lain sejak awal tahun 2021.

Ketika pembangkang mendesaknya berundur pada Februari lalu dan Moise mendedahkan berlaku cubaan membunuh beliau dan menjatuhkan kerajaan tetapi berjaya digagalkan pasukan polis.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast