Gambar tular Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu di media sosial semalam selepas Instagram Turkey Local Guides berkongsi gambarnya berlatar belakang Hagia Sophia.

KUALA LUMPUR – ”Boleh tahu apa tujuan? Membersihkan lantai juga ke?” soal Ketua Pergerakan Puteri UMNO kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pertanyaan itu dibuat selepas tular gambar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu di media sosial semalam selepas Instagram Turkey Local Guides berkongsi gambarnya berlatar belakang Hagia Sophia.

Menurut Datuk Zahida Zarik Khan, rakyat sudah berkorban dan sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Malah rakyat tidak dibenarkan merentas negeri, daerah, ziarah dan sebagainya, tiba-tiba ada menteri sempat melancong di tempat bersejarah di Turki.

Katanya, kalau Mohamed Azmin tidak memikirkan soal rakyat sekurang-kurangnya beliau sensitif sedikit kerana rakyat pun sudah penat berkurung lebih 500 hari sejak bulan Mac tahun lalu. – MalaysiaGazette