KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah mengesahkan dia dijangkiti Covid-19.
Berita itu dikongsikan menerusi perkongsian video di saluran YouTube milikinya, The Sungkars Family baru-baru ini.
Irwansyah berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang gejala kronik akibat jangkitan berkenaan.
“Saya disahkan positif namun Alhamdulillah masih dapat dikawal,” katanya.
Menurut Irwansyah, dia kini menjalani kuarintin di bilik anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan pada 30 Mac lalu.
“Saya terpaksa berpisah sementara waktu dengan isteri dan anak. Kami berkomunikasi menerusi panggilan video,” katanya.
Difahamkan Irwan menerima jangkitan berkenaan daripada adiknya.
Sementara itu, isteri Irwan iaitu Zaskia Sungkar disahkan negatif wabak itu. – MalaysiaGazette